Lionel Messi
(dari harian metro) TIDAK syak lagi, Lionel Messi �adalah bintang malam gala Ballon d’Or Fifa 2011, apabila pemain Argentina itu memenangi anugerah Pemain Tahunan Fifa sekali lagi. Sambil tersenyum, dia meluahkan perasaannya selepas kemenangan itu.
SOALAN (S): Anda adalah pemain pertama selepas Michel Platini memenangi anugerah Ballon d’Or tiga tahun berturut-turut. Apa perasaan anda?
LIONEL MESSI (LM): Saya amat berbang�ga memenanginya tiga kali, apatah lagi secara berturut-turut.
Menang satu anugerah begitu sukar, apatah lagi tiga. Saya sungguh gembira dan kegembiraannya sama seperti memenangi anugerah itu buat kali pertama.

S: Anda tujukan anugerah itu secara khususnya kepada Xavi. Adakah anda fikir dia mungkin tidak melakukan hantaran bola supaya boleh memena�ngi anugerah Ballon d’Or?
LM: Tidak! Dia berkata banyak kali, apa yang difikirkannya me�ngenai saya dan saya berkata perkara sama terhadapnya.
Kami perlukan satu sama lain dan persahabatan yang kami miliki melebihi sebarang anugerah.
S: Anda masih muda. Adakah setakat ini saja pencapaian terbaik Messi atau ada lagi selepas ini?
LM: Saya berharap dapat bermain seperti ini dan memenangi banyak anugerah bersama pasukan dan ia apa yang anda perlukan untuk membawanya ke malam istimewa seperti ini.
Saya mahu mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan dan bermain sebaik mungkin.
S: Adakah anda fikir, anda mempu�nyai sesuatu untuk dibuktikan kepada Argentina?
LM: Saya mahu memenangi gelaran bersama pasukan kebangsaan dan berharap ia dapat dicapai satu hari nanti.
S: Dari aspek apakah anda fikir, anda boleh melakukan peningkatan?
LM: Seperti yang saya katakan, saya mahu terus mempamerkan aksi terbaik. Ini adalah kali kelima saya dicalonkan di majlis ini dan berharap dapat kembali beberapa kali lagi.
S: Adakah anda terfikir, anda mencapai terlalu banyak dalam tempoh yang sekejap?
LM: Secara jujurnya, tidak. Saya hanya bermimpi untuk bermain dalam divisyen pertama tetapi saya tidak dapat bayangkan apa yang sudah saya alami.
S: Apa perasaan anda menjadi tumpuan pada malam seperti ini de�ngan kehadiran ramai pemain hebat, ramai di antaranya cukup anda kagumi ketika muda?
LM: Saya hanya mahu terus bermain dan menikmati sukan ini dengan pasukan yang kami miliki, saya harap dapat terus beraksi.
S: Apa matlamat anda untuk 2012?
LM: Sama seperti awal setiap tahun; cuba lakukannya sekali lagi. Kami sedar ia semakin lama semakin sukar.