Jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut, nescaya bala dan bencana akan menimpa mereka.
Sahabat bertanya, "Apakah perkara itu Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab,:
- Jika harta rampasan perang bertukar tangan
- Jika amanah dianggap satu keuntungan
- Jika zakat dianggap sebagai denda
- Jika lelaki terlampau tunduk pada isteri
- Bila terdapat anak-anak derhaka kepada ibunya
- Jika ada orang terlampau patuh kepada teman
- Apabila ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan
- Bila ada orang yang suka bertengkar di dalam masjid
- Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum
- Memuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya
- Apabila minuman keras tersebar secara meluas
- Apabila ramai yang memakai sutera
- Apabila penyanyi wanita begitu diagung-agungkan
- Apabila alat-alat muzik digunakan
- Apabila umat hari ini mengutuk umat sebelumnya
Apabila hal seumpama ini telah berlaku, maka tunggulah ketika itu, akan tibanya angin yang panas atau bahaya-bahaya lain seperti gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.