Wow..korang tengoklah..panjang tak motosikal nie? Panjang siottt beb….Demi meraih pengiktirafan daripada Guinness World Book of Records, seorang tukang paip yang bernama Colin Furze, berusia 31 tahun yang berasal daripada Lincolnshire telah mencipta sebuah motosikal yang terpanjang di dunia. Motosikal yang berukuran sepanjang 22meter ini boleh dinaiki sebanyak 25 orang dan mempunyai kelajuan minimum 60km sejam.
Ketika diuji, motosikal ini mampu bergerak membawa seramai 24 orang penumpang dengan kelajuan 60km sejam. Colin menyatakan bahawa dia sendiri tidak menyangka bahawa motosikal ini akan bergerak ketika dinaiki oleh begitu ramai orang, namun berkat keyakinannya, dia akhirnya berjata mencipta rekod dunia. Colin telah membelanjakan lebih 3000 pound sterling demi mencapai keinginannya ini.