KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam mengekang perlakuan sedemikian, katanya, beberapa perundangan digubal termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan muncikari 'ibu ayam' atau 'bapa ayam').
Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Nizar bertanya mengenai langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani masalah homoseksual dan lesbian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Mohd Nizar bertanya mengenai langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani masalah homoseksual dan lesbian dalam kalangan umat Islam di negara ini.