La Cambre Architecture adalah sekolah seni bina paling popular di Belgium. Pihak sekolah terbabit mahukan bisnes kad yang menggambarkan fokus mereka iaitu "imaginasi" dan "pembinaan" dalam melahirkan arkitek dari kalangan generasi muda. Untuk tujuan tersebut, mereka telah mengupah agensi pengiklanan dari Brussel, Leo Burnett. Akhirnya terhasil lah satu design bisnes kad yang berbentuk logo dengan alamat laman web dicetak dibahagian tepinya.