Connie Lloyd, 2 tahun, selalu digelar sebagai kanak-kanak yang memiliki hidung seperti badut atau ” clown’s nose” . Dilahirkan pada tahun September 2008 dengan ketumbuhan yang tidak berbahaya di hidungnya ( benign tumour ). Ketumbuhan ini dipanggil sebagai haemangioma iaitu ketumbuhan salur darah.
Budak ni jadi pemalu disebabkan ketumbuhannya ini di wajahnya dan menerima ejekan dan komen dari kanak-kanak lain.
Akhirnya si Kecil ini kembali tersenyum selepas pembedahan selama 3 jam setengah berjaya di lakukan di hospital pakar kulit. Hidungnya dah seperti ibunya sendiri walaupun meninggalkan parut pembedahan yang kecil. Comel!