Dibiar Anak Mati Kesejukan

Posted by Ahmad Asyraf On 0 comments

Seperti yang dilaporkan, kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati akibat kesejukan di Barrow, Alaska ketika dikurung di dalam bilik tidurnya memang benar-benar tragis dan menyayat hati.
Apa yang lebih menyayat hati, kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dan masih lagi mengalami proses pembesaran dihukum dengan hukuman yang tidak setimpal kerana hanya terkencing di atas tilam sendiri. Sadis bukan?
Kanak-kanak comel itu, Miley, 3, dan adiknya Macey, 1, telah dikurung oleh ibu dan kekasihnya, Richard Tilden Jr., 29, kerana geram dengan aksi anak-anak Esther G. Edwards-Gust, 28, yang terkencing di atas tilam tidur mereka pada 1 Februari lepas.
Bukan itu sahaja, pada malam dua kanak-kanak itu dikurung, tingkap bilik mereka dibiarkan terbuka oleh kekasih ibunya dengan alasan ingin membiarkan bau busuk air kencing Miley dan Macey keluar dari bilik tidur kanak-kanak tersebut.
Namun, kerana tindakan ‘lalai’ Tilden pada malam itu, Miley dan Macey yang dikurung dengan tingkap terbuka itu telah menyebabkan mereka menghidap hypothermia kesan dari cuaca sejuk mencecah suhu bawah dari negatif 30 darjah selsius.
Pada pagi keesokan harinya, sewaktu Tilden ingin mengejutkan kedua-dua kanak-kanak itu, tubuh Miley dan Macey langsung tidak memberikan tanda pergerakan pada keesokan harinya, 2 Februari lalu.
Akibat dari keadaan itu, Miley dan Macey dikejarkan ke hospital tetapi malangnya, Miley tidak dapat diselematkan dan disahkan meninggal dunia.
Tilden telah ditahan dan ditangkap oleh pihak polis pada hari yang sama dengan tuduhan melakukan ancaman bunuh kepada Miley dan Macey.
Dalam tahanan polis, siasatan polis mendapati kandungan alkohol dalam badan Tilden mencecah 0.164, iaitu dua kali lebih tinggi daripada had yang dibenarkan untuk memandu.
Esther G. Juga turut ditahan oleh pihak berkuasa walaupun dia tiada di rumah ketika kejadian mengurung anak-anaknya itu terjadi.
Apakah ini cara terbaik untuk menghukum anak-anak walaupun kesalahan yang dilakukan itu hanyalah suatu tindakan yang tidak boleh mereka kawal sendiri?
Semoga ibu bapa diluar sana menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dan iktibar dalam memberikan didikan terbaik kepada anak-anak.

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...