Lelaki Paling Pendek Di Dunia

Posted by Ahmad Asyraf On 0 comments
AP
WAJAH Chandra Bahadur Dangi semasa dia diukur.



KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.
Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.
"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.
"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.
Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.
"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua PengarangGuinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.
Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.
Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini.
Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.
Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.
Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...