LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs semalam disifatkan oleh adiknya, Rhodri sebagai lelaki tidak berguna dan pengecut.
Bercakap buat kali pertama mengenai hubungan sulit selama lapan tahun antara Ryan dengan isterinya, Natasha, Rhodi mendedahkan bagaimana dia mengetahui skandal berkenaan menerusi surat yang ditulis sendiri oleh wanita itu.
Dalam temuramah dengan akhbar The Sun, Rhodri berkata: “Natasha ialah jantung hidup saya. Dia sepatutnya menjadi orang paling rapat dengan saya. “Saya mengetahui skandal itu menerusi surat yang ditulisnya dan disampaikan kepada saya oleh ibunya.
“Dia mengaku segala-galanya dan memohon maaf. Saya menjadi kaku selepas membaca surat itu.” Rhodri juga berkata, dia yakin Natasha menjadi mangsa manipulasi Ryan.
Mengenai Ryan, dia berkata: “Selama ini saya sering menyangka dia hebat. Tetapi kini, saya sedar, dia pengecut dan tidak berguna. Dia membawa malu kepada keluarga.” “Dia tidak pernah memohon maaf. Saya tidak pernah menjangka dia akan runtuhkan rumah tangga saya kerana seks.” - The Sun