Melayukini.net – Perhimpunan 901 2012 – Gambar-Gambar Bebas Anwar Di Kawasan Mahkamah (50 Gambar) | Umum mengetahui yang hari ini 9 Januari 2012 merupakan tarikh keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Saiful Bukhari akan dikeluarkan oleh Mahkamah di Jalan Duta. Dan ura-ura banyak mengatakan (bukan penyataan penulis), sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, dia akan tetap akan masuk ke penjara demi kemenangan selesa BN untuk pilihanraya umum (PRU 13) yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja lagi. Betul atau tidak khabar berita ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Anyway, di bawah merupakan gambar-gambar Perhimpunan 901 waktu pagi di sekitar kawasan mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. Suasana masih lagi aman. Ribuan penyokong Anwar Ibrahim telah hadir dalam Perhimpunan 901 ini, menyangkal dakwaan media arus perdana yang mengatakan hanya ratusan sahaja yang hadir. Lagi gambar-gambar Perhimpunan 901 Bebas Anwar akan ditambah dalam entri ini. Stay tuned!

Gambar Peserta Perhimpunan 901 Bebas Anwar Bersarapan Pagi – Kaya la Peniaga Makanan Jalan Duta Hari Ini



Gambar Suasana Perhimpunan 901 Bebas Anwar di Mahkamah Jalan Duta












P/S: Kepada semua peserta dan penyokong Perhimpunan 901 Bebas Anwar, masih ada lagi mahkamah agong di akhirat kelak di mana tiada siapa yang dapat menipu. Semuanya hanya adil belaka. Satu lagi, jangan lupa menunaikan solat ye.
UPDATE TERKINI KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM – ANWAR TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH (LINK BERITA PENUH).

Sumber: Sharpshooter dan Denaihati | Layari Berita Menarik Tempatan Melayukini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...